Wonderful Mathematics

Tuesday 1 November 2011

Pening!!

semester ini agak stress sikit. Dapat tiga kelas semester 1. Wahai pelajarku yang dikasihi usahalah jangan diikutkan perasaan malas mu, kelak akan memakan diri sendiri. Kalau fail bayar RM 30 nak? Bukanlah susah sangat math ni. Think positive. Saya doakan anda semua berjaya untuk ujian akhir nanti. Good luck!

Wednesday 20 July 2011

mathemagic

1. Tuliskan 3 digit berbeza contohnya; 593
2. Terbalikkan nombor tersebut; 395
3. Tolakkan kedua-dua nombor itu (make sure no.besar tolak no. kecil). Jawapan mesti tiga digit juga even
Add caption
    if the first digit is zero.
4.Terbalikkan pula digit dari jawapan penolakan tadi.
5.Tambahkan dengan jawapannya (step 3).
dah siap? saya teka yee...jawapannya  1089.
Magickan!

Tuesday 19 July 2011

TOKOH MATEMATIK

Salam buat semua..
Dah lama saya mencari peluang untuk menulis di ruangan ini so inilah kesempatannya.
Sebagai guru matematik, pengalaman yang paling merunsingkan ialah apabila students sangat takut untuk studi subjek ini.Tak pahamlah kenapa padahal math ni mudah, ada formula, ada kalkulator boleh aje.
Oklah, disini ingin saya kongsikan bersama insan-insan cemerlang dalam bidang math dan sains agar boleh dijadikan IDOLA. Siapa tak kenal AL-Khawarizmi? Menghabiskan lebih dari separuh umurnya di kota Baghdad untuk mengarang buku-buku seperti buku Al-Jabr wal Muqaabalah.Buku ini paling terkenal sebab cerita tentang bidang matematik-aljebra.Beliau juga yang memperkenalkan digit sifar. Selain itu ada juga buku geografi dan astronomi sehinggalah beliau telah mendapat kesimpulan bahawa garis tengah maksima bumi mencapai 40.248km. Hebatkan.

Begitu juga Ibnu Sina ketika mencecah sepuluh tahun telah berjaya menguasai ilmu al-quran disamping menghafal bait-bait syair dengan banyak sekali. Kemudian mempelajari ilmu sains, matematik dan senibinaan.Ibnu Sina ni seorang doktor yang hebatlah pada zamannya sehinggalah diakhir hayat beliau diserang penyakit kolera dan mengambil ubat-ubatan hingga berlebihan dan sampai satu hari beliau merasakan sudah tiada sistem kekebalan pada tubuhnya akhirnya menemui ajal pad usia 57 tahun.

Pernah dengar Benjamin Franklin, Robert Boyle, Carl Frederick Gauss? Ini beberapa nama tokoh-tokoh barat dalam bidang sains dan matematik. Rata-rata mereka adalah dari kalangan keluarga bangsawan dan berpendidikan tinggi. Persoalannya kemana perginya anak-anak melayu kita?  Keluarga berada tapi mementingkan hiburan semata-mata, ruginya! Yang ada Adi Putra je la.Oklah, sebagai renungan fikirkan kata-kata hikmat ini dari Henry Ford jika anda mengharapkan wang akan memberi anda kebebasan, anda tidak akan memperolehinya. Satu-satunya jaminan yang boleh menentukan kebebasan manusia ialah pengetahuan, pengalaman dan kemampuan.